Thursday, February 14, 2013
Sejak dua menjak ini.
Bila dah mencapai usia pertengahan 20'an ni pemikiran tak lain tak bukan bertumpu pada satu aspek yang sangat besar dalam hidup.
KAHWIN.Hadoi.Mungkin dulu aku tak berapa memikirkan pasal perkara ni sebab ianya dulu.Sekarang aku dah mula fikirkan benda ni.
Sebenarnya benda ni bukan senang mat.Menjalar jugak fikir pasal ni mat.Cakap serius ni.Nampak muka gua ni?.Gua tengah serius ni.Tak tipu.
Bak kata Malique,Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi.Ok.aku pun ambil tindakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan membina masjid ni.Pada aku,menerima pendapat dari mereka yang bakal berkahwin adalah lebih bagus daripada mereka yang telah berkahwin.Sebab orang² yang bakal berkahwin ni sedang merasai satu tekanan yang hebat.Dan ternyata,setelah aku mendengar cerita dari mereka² ni,aku rumuskan bahawa kahwin itu bukan perkara main².
Ok.Bagi menyedapkan hati dan telinga,aku ada beberapa puluh bulan lagi sebelum menempuh perkara² ini.Insha Allah,dengan izinNYA.Kata orang,take it easy la abang brader.Jadi aku pun take it as easy as it can.Pada aku menempuh alam perkahwinan adalah satu perkara yang digalakkan dalam agama islam.Insha Allah,semoga Allah permudahkan perjalanan aku dalam menempuh semua ni.
Dah.gua pun malas nak fikir panjang.Sekarang ni gua rasa macam ada benda yang grip kepala hotak gua yang berjambul ni.Ok.Neskepe ais lapan.gua tension ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment