Sunday, December 16, 2012
Masa Lampau
Sejak dua menjak ini aku rasa aku terlalu sibuk.Sibuk mengejar masa depan aku.Tapi dalam kesibukan aku mencari masa hadapan,aku hampir tersungkur pada kehidupan semasa aku.Letih,lelah,dan mengeluh sepanjang masa.Ujian yang Allah turunkan pada aku itu rasanya sangat berat.Tapi kata orang,Allah menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA itu.
Dan akhirnya aku memperlahankan rentak.Dalam memperjuangkan masa hadapan dengan tempo perlahan,aku berhenti.Dan aku rasa seperti sangat gagal.Hanya tinggal cebisan² semangat yang diberikan oleh orang yang menyayangi dan mencintai aku.Dan dengan cebisan itu,aku gagahkan lagi.
Aku membuat keputusan untuk berehat sebentar dalam mengejar hal² dunia.Pulang ke kampung.Bertemu rakan² lama,rakan² yang dari kecil sudah bersama².48jam cuti yang aku ada aku gunakan sepenuhnya untuk bersama rakan².Dan bila aku bersama mereka,baru aku sedar,yang aku sebenarnya sangat rindukan masa lampau aku.
Masa lampau,maafkan aku,aku boleh terlupa untuk mengenang engkau.Kerana masa hadapan sedang mencemburui aku.Dan keadaan semasa aku sedikit pun tak memberi ruang untuk engkau.Mungkin aku terlalu banyak masa lampau untuk dikenang.Sehingga aku lupa aku ada masa lampau yang sangat menggembirakan.
Dan sekarang aku melangkah semula,menuju masa hadapan.Berbekalkan sedikit kegembiraan yang aku tempuh bersama kehidupan kampungku.Bersama keluarga Kampung Kito.
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment