Sunday, September 15, 2013
Lensa mata
Hari ini hari cuti.Cuti Hari Malaysia.
Selamat Hari Malaysia.Hari ini aku mulakan dengan membasuh pinggan semalam yang berada di sinki dapur.Sampah di dapur belum lagi dibuang."Dah 2 hari dah sampah ni kat sini".Bisik hati kecil.Selesai membasuh aku menyelak langsir rumah.Cuaca agak baik,bagus untuk membasuh.Selesai mandi dan bersiap.Capai rokok,dompet dan jam tangan.Aku menghidupkan enjin motosikal."Dah lama tak basuh motor ni".Sekali lagi aku berbisik.Lalu aku singgah di pusat mencuci kenderaan dan mengarahkan pekerja di situ membasuh motosikal ku.Sekali-sekali perut berkeroncong menandakan kelaparan yang sudah mencapai tahap dewa 19.Jam di tangan menunjukkan pukul 12.Nampaknya hari ini pakej sarapan pagiku membawa kepada tengahari.
Duduk di kedai mamak sambil menikmati nasi putih dan ayam goreng serta nescafe ais.Mataku liar memandang persekitaran.
Sekejap-sekejap mataku memandang pada motosikal yang baru di basuh.Masih ada lagi kekotoran yang terlekat.Dan aku kembali meliarkan mata memandang sekeliling.Jarak 2 meja dari tempat aku duduk,ada sepasang kekasih sedang bercanda dan berasmara.Kelihatan bahagia,dan terus membuatkan aku rindu pada kekasih.Mereka bergambar bersama,berbagai mimik muka,sambil mata memerhatikan aku.Aku buat-buat tak nampak.Walaupun dalam hati ini dah bergelak ketawa bagai nak rak.
Aku alih pandangan pada kereta yang lalu lalang.Lalu sebuah kereta buatan tempatan,di keluarkan sekitar tahun 2006 dan harga hari ini mencapai rm7000 sahaja.Namun yang memandunya seorang lelaki,berkulit cerah,bertopi dan berkaca mata.Angkuh melihat sekitar.Sambil menukar gear dia menekan klac dan minyak dengan kadar minima,cukup untuk menunjukkan yang keretanya mempunyai ekzos yang telah diubahsuai.Sekali lagi aku ketawa.
Rokok hampir setengah,lalu pula sebuah basikal."Ahh,budak sewel ni lagi".Dia kerap melalui jalan itu menaiki basikalnya dan menjerit.Ada masalah mental barangkali.Tepat laluannya di depan aku dan dia menjerit.Aku sudah biasa namun hampir seluruh pelanggan mamak itu mengalih pandangan kepadanya.
Melihat bil makanan rm7.90.Aku menghulurkan rm10.00 dan mendapat duit baki.Sekali lagi mata aku meliar pada pelanggan di kedai mamak itu,kebanyakannya leka dengan gajet masing-masing.Mangsa Kemodenan Teknologi.Biarlah.Mencapai kunci motosikal dan memakai topi keledar,aku terus meluncur pulang.Cuaca masih lagi baik.Mungkin hujan pada hari petang.Belum ada destinasi lagi hari ini.Solat zohor dan baring diruang tamu,memicit-micit alat kawalan jauh untuk melihat kalau-kalau ada program menarik di telivisyen hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment