Monday, July 7, 2014

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang

Ok.Tajuk entry nampak macam tajuk lagu tapi sebenarnya bukan. Bagi menyelaras perjalanan blog,aku akan ceritakan perkara yang berkait,atau sekolah panggil "silibus" untuk orang-orang yang mungkin membaca blog ni faham tentang perjalanan aku. Selepas aku belajar menerima,aku menerima seorang wanita untuk hadir dalam hidup aku.Perkara ni memang dah lama,dah 2 tahun.Tapi memandangkan aku nak revised balik bagi korang terang.kikiki.Perjalanan kehidupan selepas bersama dia seperti pasangan lain.Bergembira,makan bersama,ketawa bersama,bergaduh,cemburu membuta tuli,tidak ketinggalan juga selfie bersama. Setapak demi setapak aku memperbaiki karier aku.Dulunya seorang juruteknik kawalan bangunan,aku beranikan diri bertukar ke bidang hospital.Menyelia segala peralatan hospital dan tidak berkesempatan untuk mentry seorang dua awek nurse memandangkan pada waktu itu hospital yang aku kerja tu baru je bukak,jadi mereka mengambil nurse berdasarkan pengalaman dan bukan perwatakan.Maksud aku,bekas pendekar laut atau pengukir pedang juga boleh berkerja di sana kalau ada lulusan dan pengalaman dalam kejururawatan.Faham tak?.Sampai tak punchline dia?. Jodoh dengan hospital tak lama,rezeki dibuka untuk aku berkhidmat dengan agensi kerajaan.Aku bertugas di PSMB sebagai penyelia inventori.Segala keperluan pejabat,peralatan pejabat,keperluan untuk berjabat tangan dan banyak lagi.Bertugas di sini adalah satu pengalaman besar buat aku.Berkenalan dengan semua rakan-rakan yang seperti adik beradik sendiri kalau berkerja bersama.Setiap hari aku akan menaiki motosikal aku yang masih mempunyai perjanjian bayaran dengan syarikat kredit ke tempat kerja. Kajang ke Damansara.Damansara ke Kajang.Hampir setiap hari aku menempuh perjalanan yang sangat sesak ditambah pula dengan pembinaan MRT yang sangat mengganggu lalulintas.Sekali sekali aku berangan untuk menendang bangla yang menjaga trafik memegang bendera di kawasan pembinaan tersebut.Tanggal 8.3.14,aku mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati aku (cewaaahhhh) Rafidah binti Ramli. Dan hari ini,aku adalah tunangan orang.Sorry ladies,Im engaged. Selepas hampir setahun berkhidmat dengan PSMB,aku ditawarkan untuk berkerja dengan BSN dan ditempatkan di Pusat Latihan.Dengan tawaran gaji yang menarik dan jarak yang dekat dengan rumah,aku terima tawaran tersebut.Bangla pegang bendera tu patut bersyukur tak jumpa aku dah lepas ni.Dan sekarang aku di sini.berkhidmat dengan PPBSN.Dan aku hensem di sini. Ok.boleh catch up tak?.

Thursday, June 26, 2014

Deng

Lama dah tak post entry rasanya. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada yang akan berpuasa. Dah lama tak menaip panjang-panjang ni.Cuma hari ni terasa macam nak post entry pulak kan. Manusia,memang dilahirkan dan dikurniakan akal dan nafsu. Kadangkala manusia ni tak belajar mensyukuri apa yang ada. Kadangkalah manusia ni terleka sedikit dengan kemahuan diri. Aku juga manusia,aku juga ada kedua-dua kurniaan itu. Aku juga selalu leka,selalu menyakiti,selalu berharap,dan selalu memberi harapan. Kita manusia hanya mampu merancang.Allah menentukan. Kadang-kadang letih dengan keadaan semasa. Salah siapa?jangan salahkan sesiapa. Haishhhhh..Wadapap ini semua.

Sunday, September 15, 2013

Lensa mata

Hari ini hari cuti.Cuti Hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia.Hari ini aku mulakan dengan membasuh pinggan semalam yang berada di sinki dapur.Sampah di dapur belum lagi dibuang."Dah 2 hari dah sampah ni kat sini".Bisik hati kecil.Selesai membasuh aku menyelak langsir rumah.Cuaca agak baik,bagus untuk membasuh.Selesai mandi dan bersiap.Capai rokok,dompet dan jam tangan.Aku menghidupkan enjin motosikal."Dah lama tak basuh motor ni".Sekali lagi aku berbisik.Lalu aku singgah di pusat mencuci kenderaan dan mengarahkan pekerja di situ membasuh motosikal ku.Sekali-sekali perut berkeroncong menandakan kelaparan yang sudah mencapai tahap dewa 19.Jam di tangan menunjukkan pukul 12.Nampaknya hari ini pakej sarapan pagiku membawa kepada tengahari. Duduk di kedai mamak sambil menikmati nasi putih dan ayam goreng serta nescafe ais.Mataku liar memandang persekitaran. Sekejap-sekejap mataku memandang pada motosikal yang baru di basuh.Masih ada lagi kekotoran yang terlekat.Dan aku kembali meliarkan mata memandang sekeliling.Jarak 2 meja dari tempat aku duduk,ada sepasang kekasih sedang bercanda dan berasmara.Kelihatan bahagia,dan terus membuatkan aku rindu pada kekasih.Mereka bergambar bersama,berbagai mimik muka,sambil mata memerhatikan aku.Aku buat-buat tak nampak.Walaupun dalam hati ini dah bergelak ketawa bagai nak rak. Aku alih pandangan pada kereta yang lalu lalang.Lalu sebuah kereta buatan tempatan,di keluarkan sekitar tahun 2006 dan harga hari ini mencapai rm7000 sahaja.Namun yang memandunya seorang lelaki,berkulit cerah,bertopi dan berkaca mata.Angkuh melihat sekitar.Sambil menukar gear dia menekan klac dan minyak dengan kadar minima,cukup untuk menunjukkan yang keretanya mempunyai ekzos yang telah diubahsuai.Sekali lagi aku ketawa. Rokok hampir setengah,lalu pula sebuah basikal."Ahh,budak sewel ni lagi".Dia kerap melalui jalan itu menaiki basikalnya dan menjerit.Ada masalah mental barangkali.Tepat laluannya di depan aku dan dia menjerit.Aku sudah biasa namun hampir seluruh pelanggan mamak itu mengalih pandangan kepadanya. Melihat bil makanan rm7.90.Aku menghulurkan rm10.00 dan mendapat duit baki.Sekali lagi mata aku meliar pada pelanggan di kedai mamak itu,kebanyakannya leka dengan gajet masing-masing.Mangsa Kemodenan Teknologi.Biarlah.Mencapai kunci motosikal dan memakai topi keledar,aku terus meluncur pulang.Cuaca masih lagi baik.Mungkin hujan pada hari petang.Belum ada destinasi lagi hari ini.Solat zohor dan baring diruang tamu,memicit-micit alat kawalan jauh untuk melihat kalau-kalau ada program menarik di telivisyen hari ini.

Thursday, February 14, 2013

Sejak dua menjak ini.

Bila dah mencapai usia pertengahan 20'an ni pemikiran tak lain tak bukan bertumpu pada satu aspek yang sangat besar dalam hidup. KAHWIN.Hadoi.Mungkin dulu aku tak berapa memikirkan pasal perkara ni sebab ianya dulu.Sekarang aku dah mula fikirkan benda ni. Sebenarnya benda ni bukan senang mat.Menjalar jugak fikir pasal ni mat.Cakap serius ni.Nampak muka gua ni?.Gua tengah serius ni.Tak tipu. Bak kata Malique,Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi.Ok.aku pun ambil tindakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan membina masjid ni.Pada aku,menerima pendapat dari mereka yang bakal berkahwin adalah lebih bagus daripada mereka yang telah berkahwin.Sebab orang² yang bakal berkahwin ni sedang merasai satu tekanan yang hebat.Dan ternyata,setelah aku mendengar cerita dari mereka² ni,aku rumuskan bahawa kahwin itu bukan perkara main². Ok.Bagi menyedapkan hati dan telinga,aku ada beberapa puluh bulan lagi sebelum menempuh perkara² ini.Insha Allah,dengan izinNYA.Kata orang,take it easy la abang brader.Jadi aku pun take it as easy as it can.Pada aku menempuh alam perkahwinan adalah satu perkara yang digalakkan dalam agama islam.Insha Allah,semoga Allah permudahkan perjalanan aku dalam menempuh semua ni. Dah.gua pun malas nak fikir panjang.Sekarang ni gua rasa macam ada benda yang grip kepala hotak gua yang berjambul ni.Ok.Neskepe ais lapan.gua tension ni.

Sunday, December 16, 2012

Masa Lampau

Sejak dua menjak ini aku rasa aku terlalu sibuk.Sibuk mengejar masa depan aku.Tapi dalam kesibukan aku mencari masa hadapan,aku hampir tersungkur pada kehidupan semasa aku.Letih,lelah,dan mengeluh sepanjang masa.Ujian yang Allah turunkan pada aku itu rasanya sangat berat.Tapi kata orang,Allah menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA itu. Dan akhirnya aku memperlahankan rentak.Dalam memperjuangkan masa hadapan dengan tempo perlahan,aku berhenti.Dan aku rasa seperti sangat gagal.Hanya tinggal cebisan² semangat yang diberikan oleh orang yang menyayangi dan mencintai aku.Dan dengan cebisan itu,aku gagahkan lagi. Aku membuat keputusan untuk berehat sebentar dalam mengejar hal² dunia.Pulang ke kampung.Bertemu rakan² lama,rakan² yang dari kecil sudah bersama².48jam cuti yang aku ada aku gunakan sepenuhnya untuk bersama rakan².Dan bila aku bersama mereka,baru aku sedar,yang aku sebenarnya sangat rindukan masa lampau aku. Masa lampau,maafkan aku,aku boleh terlupa untuk mengenang engkau.Kerana masa hadapan sedang mencemburui aku.Dan keadaan semasa aku sedikit pun tak memberi ruang untuk engkau.Mungkin aku terlalu banyak masa lampau untuk dikenang.Sehingga aku lupa aku ada masa lampau yang sangat menggembirakan. Dan sekarang aku melangkah semula,menuju masa hadapan.Berbekalkan sedikit kegembiraan yang aku tempuh bersama kehidupan kampungku.Bersama keluarga Kampung Kito. :)

Tuesday, October 16, 2012

Selayang pandang

Di dalam renyai hujan aku terus meluncur menuju pulang ke rumah.Hati kecil sedikit mengeluh mengenangkan menempuh kebasahan rahmat Allah dan kesesakan jalanraya.Dengan keredhaan yang tinggi terus juga aku gagahkan. Lenjun,kuyup.Itu sahaja yang bermain-main dikotak fikiran sambil mata fokus malar memerhati jalan yang tampak samar dalam rintik hujan.Degup jantung makin rancak bila mana perlu bergadai nyawa memotong jentera besar yang berkongsi denai yang sama menuju destinasi berbeza. Keluh hati menjadi tenang bila memikirkan perjuangan perjalanan ini adalah daripada tempat mencari rezeki.Penat lesu badan,letih kuyu mata,terus hilang serta merta bila membayangkan keluarga tercinta menanti di teratak sewa. Kadang terfikir pabila aku sedang menyusuri jalan ini.Aku disirami rahmat Allah yang tak semua ciptaanNYA nikmati.Mendekatkan aku dengan kesegaran oksigen dalam merentasi lambaian pepohon tepian lebuhraya yang menyedut segala karbon dioksida. Kesyukuran dipanjatkan sebaik sahaja selamat tiba.Gugusan kunci ditarik.Sekali-sekali mata terenjis bekas air hujan yang melekat di topi keledar.Beg galas dijatuhkan dari pautan bahu.Kasut yang separa basah diteduhkan agar tidak basah sepenuhnya. Ucapan salam dan langkah pertama kaki kanan masuk ke rumah.Tampak wajah mama lega melihat anakanda sampai dengan selamat.Capai tuala kesat ke muka.Buka tudung saji lihat juadah siang tadi.Segalanya nampak enak tatkala kesejukan menjerat perut yang senak. Apapun dugaannya,tetap aku tempuh demi mencari sesuap nasi.Kadang tak cukup aku tak mengeluh,kadang merungut cekal aku usahakan.Demi untuk membahagiakan.

Sunday, September 16, 2012

Bolasepak kita,dunia kita.

Pagi tadi ada terbaca blog mengenai mentaliti rakyat Malaysia tentang bolasepak.Apa yang aku baca tadi memang sangat menarik minat aku sehinggakan aku pun nak post entry sebagai tanda menyokong kenyataan blog tersebut.

Rakyat Malaysia mempunyai Taste yang tinggi terhadap kualiti bolasepak sehingga mereka mula mengagungkan liga bolasepak luar.Kenyataan ini memang sangat-sangatlah bertepatan dengan fenomena yang melanda rakyat negara kita sekarang ni.

Pada hakikatnya,kalau kita buka mata,kualiti bolasepak kita masih lagi di tahap bawah.Ok,bila saja kita sebut tahap bawah,orang Malaysia mula tidak mengendahkan malah tiada inisiatif langsung untuk menyumbang terhadap kemajuan bolasepak TANAH TUMPAH DARAH kita ini.

Tak menjadi salah kalau kita minat menonton liga bolasepak luar negara.Tapi janganlah sampai tahap menganaktirikan bolasepak kita.Aku adalah seorang peminat dan penyokong tegar liga bolasepak tempatan.

Kalau kita ada hak untuk bersuara sekalipun,kita tak perlu menyuarakan ketidakpuasan hati kita terhadap liga bolasepak kita sendiri.Turun padang,tonton,dan alami sendiri apa yang dimaksudkan dengan erti pejuang bolasepak.

Mutu bolasepak kita memang masih dalam gred D.Tapi kalau keadaan seperti ini berterusan,kualiti kita akan terus berada di tahap itu.Kita sebagai penyokong sebenarnya menyumbang secara tidak langsung dari segi ekonomi dan penaik semangat pemain-pemain negara kita.

Tak perlu tunggu final baru nak berpusu-pusu menyokong.Tak perlu tunggu julang piala baru sibuk nak peraga jersi kelab/negara.

Aku lahir di Negeri Sembilan dan membesar di Selangor.Jujur cakap aku tak pernah malu menyarung jersi kedua-dua pasukan ni,malah aku tambah bangga berbanding kalau aku pakai jersi Barcelona,Manchester United dan macam-macam lagi.

Aku memartabatkan bolasepak tanahair dan Alhamdulillah hampir sebahagian dari kawan-kawan aku memperjuangkan bolasepak Malaysia.Jatuh bangun bolasepak Malaysia,aku tetap menyokong.

HIDUP MATIKU MALAYSIA.
VIVA SELANGOR.