Sunday, September 16, 2012

Bolasepak kita,dunia kita.

Pagi tadi ada terbaca blog mengenai mentaliti rakyat Malaysia tentang bolasepak.Apa yang aku baca tadi memang sangat menarik minat aku sehinggakan aku pun nak post entry sebagai tanda menyokong kenyataan blog tersebut.

Rakyat Malaysia mempunyai Taste yang tinggi terhadap kualiti bolasepak sehingga mereka mula mengagungkan liga bolasepak luar.Kenyataan ini memang sangat-sangatlah bertepatan dengan fenomena yang melanda rakyat negara kita sekarang ni.

Pada hakikatnya,kalau kita buka mata,kualiti bolasepak kita masih lagi di tahap bawah.Ok,bila saja kita sebut tahap bawah,orang Malaysia mula tidak mengendahkan malah tiada inisiatif langsung untuk menyumbang terhadap kemajuan bolasepak TANAH TUMPAH DARAH kita ini.

Tak menjadi salah kalau kita minat menonton liga bolasepak luar negara.Tapi janganlah sampai tahap menganaktirikan bolasepak kita.Aku adalah seorang peminat dan penyokong tegar liga bolasepak tempatan.

Kalau kita ada hak untuk bersuara sekalipun,kita tak perlu menyuarakan ketidakpuasan hati kita terhadap liga bolasepak kita sendiri.Turun padang,tonton,dan alami sendiri apa yang dimaksudkan dengan erti pejuang bolasepak.

Mutu bolasepak kita memang masih dalam gred D.Tapi kalau keadaan seperti ini berterusan,kualiti kita akan terus berada di tahap itu.Kita sebagai penyokong sebenarnya menyumbang secara tidak langsung dari segi ekonomi dan penaik semangat pemain-pemain negara kita.

Tak perlu tunggu final baru nak berpusu-pusu menyokong.Tak perlu tunggu julang piala baru sibuk nak peraga jersi kelab/negara.

Aku lahir di Negeri Sembilan dan membesar di Selangor.Jujur cakap aku tak pernah malu menyarung jersi kedua-dua pasukan ni,malah aku tambah bangga berbanding kalau aku pakai jersi Barcelona,Manchester United dan macam-macam lagi.

Aku memartabatkan bolasepak tanahair dan Alhamdulillah hampir sebahagian dari kawan-kawan aku memperjuangkan bolasepak Malaysia.Jatuh bangun bolasepak Malaysia,aku tetap menyokong.

HIDUP MATIKU MALAYSIA.
VIVA SELANGOR.

No comments: