Hahh.
Untuk ke sekian kalinya aku post entry.
Dalam aku belajar untuk menerima sesuatu dengan seadanya.
Ada satu perkara yang pada aku sangat perlu.Tak kiralah dalam apa juga aspek hidup ni.
Berterus terang.
Oke.Jujur cakap,dari mata kasar aku,berterus terang ni sebenarnya bagus.Cuma kadangkala orang yang mendengar tu tak boleh menerima kenyataan.ATAU,seseorang itu takut untuk berterus terang.
Apa yang perlu kita takutkan untuk mendapatkan kebenaran dan kejujuran dalam satu perhubungan kan?.
Kita kena faham,berterus terang dengan TERLALU berterus terang adalah dua perkara berbeza.
Terpulang kepada keadaan sebenarnya.Kalau perkara tu melibatkan soal hati dan perasaan,tak salah rasanya untuk kita berterus terang.Dan ada satu benda yang selalu menghalang kita untuk berterus terang.
EGO.
Tak perlu letak ego kita pada tahap tertinggi sebab at the end of the day,kita adalah orang yang paling menyesali perbuatan kita tu.Aku selalu cuba nak berterus terang tapi mungkin pada pihak yang lain tu merasakan,tak perlu untuk aku berterus terang.
Haiissh,Serius,perkara ni memakan diri.Tapi balik semula pada hakikat manusia.Kita cuma merancang,hanya ALLAH yang menentukan.Jadi,perjalanan hidup kita dengan jodoh kita sebenarnya sudah tertulis.Tapi kita tak tahu samada perjalanan tu mencabar atau tidak.
Pusing lah jauh mana sekali pun,kalau dia adalah jodoh kita,dia tetap kembali pada kita kan?.Allah sentiasa memberikan hamba-hambaNYA ujian.Dan ujian ni lah yang membuatkan kita kenal apa itu hidup dan karakter seseorang tu.Supaya lepas ni kita boleh berhati-hati dan membuat satu-satu perkara lebih baik.
Tak perlu ego untuk mengetahui kebenaran.Dan kalau kita tahu kebenarannya,dah tentu kita rasa lega dan tak perlu makan hati kan?.
Mama aku pernah kata,setiap ujian dari ALLAH itu adalah manis kerana pada hujungnya kita akan dapat menikmati ganjaran dari pengorbanan.
Thanks mama,nama pun mama aku,dia mesti tahu apa yang terbuku kat hati anak bujang dia.Tak perlu lah nak berahsia dengan dia.Pada aku,mama adalah pendengar masalah aku yang terbaik.Kalau aku nak berahsia dengan dia,dia mesti cakap "Sekilas ikan di air pun mama tahu jantan betinanya,inikan pulak kau,yang keluar dari rahim mama". :)
Jadi,apa pun yang terjadi,berterus teranglah.Kerana perbuatan tu mendatangkan jutaan kebaikan dari keburukan.Percayalah.
"Saya sayang awak".
:')
No comments:
Post a Comment