Monday, April 2, 2012

Kehidupan

Inilah kehidupan.

Kadangkala kita kat atas.Kadangkala kita kat bawah.Bila dah kat bawah ni,kita kena sentiasa ingat,apa yang berlaku tu adalah ujian.

Aku ialah seorang yang selalu nak berfikiran positif.Aku selalu mahukan apa yang aku impikan.Walaupun sukar,sebab pada aku,apa yang akan terjadi lepas tu,biar aku yang tanggung.Sebab itu adalah keputusan aku.

Ini bukan kes tamak atau apa je yang seerti dengannya,aku selalu mahukan banyak perkara dalam satu masa.Pada aku,aku dah sangat terlambat.Jadi aku perlu grab semuanya dalam masa yang sama.Dan itu adalah perkara yang sangat sukar.

Aku ada macam-macam jenis kawan.Jadi,aku jadikan diorang ni sebagai satu kajian.Apa yang diorang kejar?.Kenapa ada antara diorang yang masih berada kat takuk lama?.Kenapa ada antara diorang yang takut nak berubah?.Dan ada juga kawan aku yang masih mengharapkan keajaiban dalam hidup diorang.Heheh.

Bila aku nilai diorang.Sebenarnya,aku tak lah ketinggalan.Kadang-kadang perasaan aku je.Dan mungkin kehendak semasa yang mempengaruhi.Aku belajar dari perwatakan kawan-kawan aku,sebenarnya aku dah berada di pertengahan jalan.Walaupun ada antara diorang yang masih terkial-kial di permulaan jalan,aku tahu yang diorang juga mahukan sedikit kesempurnaan dalam memulakan kehidupan.Biarlah untuk jangka masa yang panjang sebenarnya.

Jadi,apa yang aku buat?.Aku senyum dan bersyukur.Aku mulakan dari bawah semula.Tak salah rasanya bangkit sama-sama dengan kawan-kawan.Yang dari kecik dah sama-sama susah dan senang.Biarlah orang pandang apa pun,sebab realitinya kita semua tetap sama.Cuma persekitaran kita membesar yang menjadikan siapa kita hari ni.

Slow-slow lah.
Laju-laju nak pergi mana?.

:)

No comments: