Thursday, February 9, 2012

Cakap Hati.

Dah lama tak berblogging rasanya.
Laptop buat hal.Tiba-tiba berperangai kura-kura.

Ini adalah post mengenai cakap hati.

"Aku mentari,tapi tak menghangatkanmu."
"Aku pelangi,tak memberi warna ke hidupmu."

Ini adalah bait lagu kekasih yang tak di anggap.

Dua rangkap yang cukup menunjukkan betapa aku adalah seperti mentari dan pelangi itu.
Tapi tak apalah,aku dapat terima apa saja yang akan jadi dalam tanaman harapan aku pada dia.

Kata orang : "Mencintai itu perlu juga bersedia untuk dilukai."

Dan aku masih sedar siapa aku.Tak kira berapa besar pengorbanan aku.Aku tak mahu kau terima dengan sedikit belas kasihan,kelak sayang itu menjadi tidak sempurna dek kerana kasihan.

Memang takkan ada orang yang sedar bila kita berkorban.Sebab itulah namanya pengorbanan kan?.

Dan aku tahu,mungkin kamu tidak sengaja memberi harapan itu pada aku.Mungkin aku terlalu meletakkan harapan sehingga setiap inci perkataanmu jadi inspirasi.

Nampak bodoh bukan?.Aku tahu tu.Menolak yang lain kerana menunggu dia.Yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Tak apalah.Ini soal perasaan.Bila berada kat tempat aku,kamu akan tahu.Mengapa aku sebodoh ini.

Kalau bukan jodoh untuk kita,aku doakan kamu temu jodoh yang baik,kerana kamu terlalu baik kalau mahu dibandingkan dengan aku.Dan jujur,rasa harap ni susah untuk aku tukar kepada persahabatan.Tapi aku akan cuba,selagi itu dapat beri bahagia pada kamu.

Jangan ditanya Bagaimana dengan aku.
Teruskanlah misi hati kamu.
Selagi bahagia itu terletak pada kamu.
Apalah sangat nak dikira sedikit guris pada aku.
:')




Jiwang lagee. =.=

No comments: