Tuesday, January 24, 2012

Sangat Kabur.

Jangan di tanya mengapa aku sayangkan kamu.
Tiada jawapan untuk itu.
Kerana apa yang pasti aku mahu kamu sentiasa dengan aku.

Jangan ditanya kenapa lahir rasa cinta itu.
Tiada jawapan untuk itu.
Kerana apa yang pasti,cinta dalam hati ini menuju ke arah kamu.

Jika kamu tanya mengapa aku membisu.
Diam dan kelu tanpa meluahkan rasa aku.
Jawabnya aku takut.Bukan aku malu.
Aku takut untuk kehilangan kamu.

Rasa seperti biasa pada insan.
Tapi istimewa pada aku.

Bila kamu seolah mengelak dari aku.
Tidak akan aku tanya sedikit pun.
Tiada layaknya aku menanyakan itu.
Kerana sangat kabur siapa aku di hati kamu.

Bergembiralah aku.
Jika kamu mahu berkongsi rasa sedihmu denganku.
Maknanya kamu tahu aku masih di sini untuk kamu.

Tersenyumlah aku.
Bila kau selalu menyampaikan cerita ceria kamu.

Maaflah.
Aku bukan sang penyambut cinta yang sempurna.

Rasa kerdilnya diri kalau kamu sedia memberi cinta itu.
Tapi percayalah,akan aku jaga perhubungan itu jika ianya pasti suatu hari nanti.

Tak pernah jemu menurut caramu.
Bermain teka-teki yang sangat kabur jawapannya.

Andai satu hari kamu tahu yang aku cintakan kamu.
Berilah kata putusmu.
Supaya yang kabur bisa jelas.
Supaya yang resah bisa lega.
Supaya cinta ini patri untuk kamu.





Jiwang.Ahh!. -.-

No comments: