Tuesday, December 20, 2011

Basah Sekelip Mata.

Post kali ni yang menceritakan tentang ketidakpuasan hati aku semasa pulang dari kerja semalam.

Jam 8.50 malam,aku pun kemas segala laptop dan wayar-wayar yang berselirat dan masukkan ke dalam beg.Aku balik lewat sikit semalam sebab hujan kat Putrajaya ni dan sayangnya Honda aku tak berbumbung.Sedih bukan?.

Dalam kebasahan tu aku pun mengorak langkah.Menendang starter,panaskan enjin,bismillah dan bergerak.Dan di sini suka aku mengingatkan bahawa aku tak bawak baju hujan sebab jacket kerja aku dah cukup tebal untuk menampung kesejukan.

Dengan hebat aku meluncur,mengelak segala lopak air dan kereta untuk tidak menjadi basah.

"Jacket ni nak pakai lagi esok".Bisik hati aku.

Di pendekkan cerita,tiada masalah sepanjang perjalanan aku sampailah aku masuk ke satu simpang menuju ke bandar Kajang.Jalan yang menuruni bukit,gelap,dan kubur disebelah kanan.

Cerita aku menjadi lebih dramatik apabila aku terpaksa menempuh selopak besar air bekas dari hujan tadi.Aku perlahankan motor dan angkat sedikit kaki bagi mengelakkan kasut basah.

SUDDENLY..

Datang sebuah kereta jenis BMW 325 dari arah bertentangan.Dalam samar-samar tu aku dapat mengecam warna perak berkilat kereta itu.

"Fuhh,hebat..".Sekali lagi hati ni berbisik.

Dan kami berselisih di bahagian lopak itu.

Ya,lopak itu.
Diulangi,LOPAK itu.

Dan aku sampai di rumah dalam keadaan basah kuyup dan sedikit senyuman.
Ya,senyuman itu tak ikhlas sama sekali.

Dan aku tidak memakai jacket hari ni.
Tahniah BMW itu.
Aku kagum.

No comments: