Monday, December 19, 2011

2011 yang bakal meninggalkan semua.

2011 bakal meninggalkan kita.
Ucap selamat tinggal kepada 2011.
Cakap Hai 2012.

Bagi aku tahun 2011 adalah tahun yang paling mencabar buat aku.
Banyak perkara pahit yang aku kena lalui.Kalau nak diceritakan dalam blog,memang panjang,takut jadi muak bila baca.

Aku jatuh dan aku bangun semula hasil pertolongan keluarga dan kawan-kawan.
Terima kasih semua.Dan aku bersyukur kerana mereka-mereka ni ditakdirkan untuk aku.
Dan dalam perjalanan aku untuk bangun semula bukan memakan waktu yang sangat singkat.
Hampir setengah tahun aku susun langkah aku untuk bangun semula dan buktikan yang dunia lama aku tu bukanlah penghujung.

Bila aku fikir sejenak,kenapa begitu berat sekali dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kat aku?.Aku tahu Dia sedang menguji hambaNya dan Dia tahu hambaNya mampu untuk menghadapi semuanya.

Mungkin ini satu pengajaran untuk aku.Untuk ingat Allah selalu tak kira dalam susah atau senang.Sebab semuanya datang dari Dia.Mungkin ini jugak balasan untuk aku dan aku pasti mesti ada hikmah untuk tiap-tiap sesuatu.

Dugaan demi dugaan datang.Dan Alhamdulillah,aku dapat hadapi dengan redha.2011 telah menjadi guru paling besar kerana memberi aku terlampau banyak pengalaman dan mengajar aku dari kesilapan.Hari ni dah pertengahan Disember 2011.Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut 2012.

Aku harap tahun 2012 menjadi lembaran baru untuk aku menjalankan hidup dengan lebih tenang dan berkat.Dan aku akan selalu ingat,bila kita dah berada di atas,jangan lupa bersyukur dan memandang ke bawah,di mana bawah itulah tempat kita bermula.

Amin. : )

No comments: