Friday, December 23, 2011

Cerita.

Okey.
Mungkin blog aku ni bukan macam blog orang-orang lain popular dengan post dan entry diorang yang sangat menarik.Mungkin diorang ada banyak cara untuk entertain diorang punya karya.

First of all.
Ini adalah blog aku.Dan aku tak expect untuk carik followers sebanyak yang mungkin dan menjadi terkenal.Aku post dan aku share sekadar tatapan orang yang berminat untuk baca.
Dan blog aku adalah medium untuk aku melepaskan apa yang tak lepas dalam hati ni.

Blog aku ni jugak dah jadi macam diari aku.Aku takde specific book untuk aku tuliskan tiap-tiap hari.
Letak tepi katil.
Malam-malam sebelum tidur tulis dengan cahaya lampu meja.
Dan tidur.

Aku tak macam tu.Maksud aku,aku bukanlah romeo atau penuntut kesempurnaan yang mampu membuatkan orang tertarik dengan apa yang aku lalui dalam hidup aku.Dan ya,dah tentu aku perlukan sedikit privasi.Terpulang dekat individu untuk menilai aku ni macam mana orangnya.Aku buat semua ni atas kehendak aku.Bukan publisiti murahan.

Orang yang penakut memang sentiasa membuat provokasi terhadap orang-orang yang berani mencuba ni.Jadi,aku tak hairan kalau ada orang yang cuba memperlekehkan aku sebab diorang semua tu 'perfect'.kononnya.

Ingatlah wahai pencetus provokasi.

Orang yang merasa dirinya sempurna.
Akan menuntut kesempurnaan dari orang lain.

Jadi,dalam kita merasa kehebatan diri kita ni mampu menggapai langit kononnya.Ingatlah bahawa kita semua diciptakan sama.Cuma latar belakang yang membuatkan kita berlainan pembawakan.

Dan ingatlah,bahawa kita bukan penentu masa hadapan orang lain.Kita tak layak menghukum.Kerana tak semua benda kita boleh beli dengan wang ringgit,tak semua perkara yang bagus di mata kita itu bagus di mata orang lain.

No comments: