Friday, November 11, 2011

M a l i q u e


Sebut nama Malique,siapa yang tak kenal kan?.Terkenal dengan hip hop kumpulan too phat satu masa dulu.Lagu dia sentiasa jadi siulan aku masa sekolah menengah dulu.Dan seluar baggy itu.Ya,seluar baggy. =,='

Dan kebelakangan ni Malique muncul lagi dengan lagu-lagunya yang pada aku sangat berunsur nasihat dan sindiran.Apapun pada aku,Malique adalah pendakwah budaya melayu yang terbaik di Malaysia.Mungkin di dunia.

Aku sukakan lagu-lagu dia yang memang sentiasa meletakkan nasihat dalam setiap inci lirik.

- Mantera beradu.
- Cerita kedai kopi.
- Rahsia.
- Kau yang punya.
- Senyum.
- Perang dah tamat.
- Aku maafkan kamu.

Setiap lagu yang dia sampaikan memang berbaur nasihat dan sindiran.Walaupun ada segelintir dari kita yang menganggap dia bukanlah seorang yang boleh diletakkan sebagai idola.Aku bukan meletakkan dia sebagai idola,tapi mesej yang cuba disampaikan dalam lagu-lagu dia membuatkan aku membuka mata sebagai orang melayu.

Dia tak menghina kaum melayu,aku percaya yang dia compose lagu tu atas apa yang dia nampak dan dia alami selama ni.Dan kita sebagai orang melayu tak dapat nak nafikan tu semua.Apa yang dia sampaikan berkias,dan bila kita tahu makna sebenar lirik lagu dia,itu adalah fakta.

Dan pada aku,dia adalah doktor kepada sikap malas orang melayu.Dan lagu-lagu dia pun pernah diambil melalui petikan Tun Dr.Mahathir.Bekas PM Malaysia.Jadi,kepada sesiapa yang belum pernah melayan lagu-lagu Malique ni.Silakanlah.Selamat belajar dalam 'Rap'.

Tahniah Malique.Teruskan perjuangan anda.Jangan takut kerana masih ada yang menyokong anda.Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu. Heheh.

No comments: