Monday, November 7, 2011

Aidiladha Saya

Seperti tahun-tahun yang lepas,Aidiladha aku tak lah meriah macam Aidilfitri.
Upacara makan lemang dan rendang lepas solat tu memang jadi wajib lah.
Tambahan pulak tahun ni mama aku baru je lepas operation.So,kami beraya dalam keadaan bersederhana je.

Tahun ni aku tak dapat cuti.Jadi beraya dalam masa yang singkat tu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan ye.Dan kerana itu,aku putuskan untuk menonton sahaja upacara korban tahun ini.Kalau ikutkan macam tahun lepas,aku yang sembelih lembu korban tu.(=,=)

Dan aku mintak pihak berwajib untuk memeriksa,kenapa kebanyakan lembu tahun ni macam baru lepas ambil jusmate 5 je?.Kemain slim lagi ye..



Beraya di pagi hari,bekerja di malam hari.Seperti biasa,kesesakan lalulintas itu normal di sekitar Kuala Pilah bila tiba musim perayaan.Tapi kerana tuntutan kerjaya,aku turutkan saja.Ya,aku sampai lewat ke tempat kerja.=,=

Sekian selamat ari rayo korban.
Kepado lombu-lombu,selamat berkorban.

No comments: