Sunday, July 22, 2012
Ada sesuatu
Assalamualaikum.
Pertama-tama kalinya aku nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.Semoga kita beroleh keberkatan dari Allah SWT.
Bila duduk sorang-sorang ni aku selalu termenung.Ok,post kali ni mungkin sedikit berbunga dan agak balada.
5 tahun dulu,ada seorang gadis yang datang dalam hidup aku dan menunjukkan kepada aku apa itu sebenarnya cinta.Ok,aku pun dah mula rasa meremang nak type post ni.Tapi aku akan teruskan untuk menghabiskan cerita ni.
Kami bercinta memang tak lama.Tapi apa yang membuatkan aku menceritakan semula perkara tu adalah kerana apa yang aku rasa dan aku belajar sepanjang bersama dengan dia.Memang aku akui tahap cemburu aku selalu berada pada tahap tertinggi dan kajian menunjukkan tahap cemburu itu meningkat seiring dengan rasa sayang terhadap seseorang.
Selepas kami tak bersama,aku cuba belajar menerima orang lain dalam hidup aku.Tapi bila aku cuba belajar,ada sesuatu yang membuatkan aku rasa sukar untuk mendapatkan rasa cinta dan sayang seperti mana aku dengan dia dulu.
Sampailah satu masa ada seorang perempuan yang datang membawa satu aura yang hampir serupa seperti dia dulu.Dan aku teruskan berusaha mendekati dan belajar.Tapi mungkin bukan jodoh dan aku pun tak nak jadi orang yang hanya ada pada jasad dan mata seseorang tapi hati dan akalnya pada orang lain.Faham tak?.Ke laju sangat?.Kalau tak faham sila baca dengan kelajuan yang minima.
Dan sesuatu yang aku cari dalam belajar tu akhirnya aku jumpa.Sebelum aku belajar mencintai seseorang,aku perlu belajar melupakan dia.Dah 5 tahun,aku rasa aku dah lupakan dia,tapi bila aku dekat dengan perkara-perkara macam ni,aku tahu yang aku belum melupakan dia sepenuhnya.
Ok.Dan sekarang aku hampir dapat kepada point yang sebenarnya.Aku tak perlu menjadikan dia sebagai batu ukur untuk aku bersama dengan orang lain.Setiap orang membawa karakter yang berbeza.Dan kalau aku tak jadikan dia sebagai contoh,aku mesti dapat belajar mencintai dan menerima seseorang.
Hai bekas kekasih.Tolong dedicate kan lagi teman pengganti untuk saya boleh tak?.Susah sebenarnya nak lupakan awak,sebab tak ramai orang yang datang bawa bahagia dalam hidup saya.Semoga awak berbahagia. :)
Haa.Jiwang kan?.Ok,kata orang muka ganas,tapi dalam hati ada taman.Korang kenal Marilyn manson?.Muka ganas macam penunggu gua.Korang tau tak yang dia juga ada isteri?.Korang selalu tengok movie kan?.Hero lawan sana sini,tapi kalah sebab perempuan.Betul kan?.Dah2..tak payah sengih sorang-sorang..jangan hipokrit sangat. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment