Thursday, June 14, 2012

Meninjau bahagian luar kotak fikiran.

Bila hari ini aku lihat aku adalah seperti semalam,aku jadi takut kerana tak ada yang berubah walaupun hari sudah berlalu. Dan hari ini aku keluar dari kotak fikiran,meninjau sebentar apa yang ada di luar kotak fikiran ini. Banyak perkara yang ada di luar kotak fikiran aku,tapi yang paling menarik perhatian aku adalah 'peluang'. Kalau bukan aku siapa lagi yang akan menjadikan aku mampu mengikut arus zaman?. Kalau bukan aku siapa lagi yang akan membuatkan aku adalah 'seseorang' suatu hari nanti?. Bagaimana dengan manusia sekitar kalau aku tidak berganjak?. Dan aku kembali pada yang mencipta. DIA maha mengetahui segalanya. Maka aku berserah dan berdoa padaNYA. Semoga aku menemui sesuatu yang mampu membuatkan manusia sekeliling aku tahu,yang aku tidak pernah selesa di dalam duniaku sendiri. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT.

2 comments:

Syahidah Nurani said...

tak sangka aku.. hahaaa

Faridzul said...

hihi.kadang2 kena sastera sikit. ;p