Monday, March 5, 2012

Percutian saya sangat brado.

Ok.Lepas bertungkus lumus atau dalam bahasa globalnya Struggle sepanjang Februari ni,aku memasang niat untuk pergi bercuti.Hahh,dah lama tak bercuti.Masa untuk lari dari kesibukan kota dan komitmen kerja.Cis,ayat macam orang korporat.

Percutian aku kali ni bukanlah percutian yang sebenar-benarnya percutian.Bak kata pepatah,sambil menyelam minum air,atau sambil shoot muka,shoot hidung sekali.Lebih kurang macam tu la similariti dia.

Pengkalan Balak,Melaka.Destinasi yang cukup ekonomi untuk aku release apa yang tak release.Di sertai oleh 5 orang lagi kawan aku.Sesampainya kami kat sana,mulanya aku rasakan ianya lebih kurang pergi bercuti di pinggir Sungai Chua,Kajang.Ok,boleh google pada siapa yang tak tahu.

Tapi,bila tibanya petang,baru aku nampak yang Pengkalan balak ni adalah tempat yang menyeronokkan.Aktiviti kami di isi dengan nasi berlauk,minuman berkarbonat,kuaci,memancing,dan BANANA BOAT.

Jujur cakap,itu adalah kali pertama aku naik bot pisang tu.Sangat horror ye.tapi memang menyeronokkan.Dengan selambe brado tu melibeh kami di tengah laut.Tak ada apa yang terlintas di fikiran aku masa jatuh kat laut tu selain dari mitos orang tempatan yang mengatakan ada buaya jadian di situ.Dan kondisi life jacket dia pun agak mencurigakan.

Dan pada malam hari kami mengadakan makan besar kau-kau satt leiii bak kata orang hokkien.Dah lepak tepi laut kan,menu ayam masak merah tu adalah sangat mustahil dan tak masuk akal ye.Sudah tentu makanan laut menjadi pilihan kami masa tu.Sangat berpuas hati.Walaupun cuma 2 hari 1 malam sahaja.

Dan hakiki dunia,hari yang menyeronokkan itu memang terasa sangat sekejap.Apa pun,sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bercuti bersama-sama.Ini adalah percutian yang sangat brado pada aku sepanjang pengalaman aku bercuti dengan kawan-kawan.

Mak aku kirim kerepek pisang.Aku pun tak tau apa hubungan kerepek pisang dengan Melaka.Kalau dengar dek cincalok dengan belacan,mesti diorang kecik hati.Dan aku beli kerepek pisang berserta Rempeyek satu balang.Dan keychain untuk orang yang aku selalu ingat.heheh.

Melaka,Pengkalan Balak.Im gonna miss the moment I went there. :)
Sedikit gambar untuk menerangkan lagi apa yang tak terang.Enjoy.










No comments: