Saturday, December 31, 2011

Itu Pun Kamu 2012

Hai 2012.
Selamat Bertemu.
Semoga Sudi Temankan Saya Untuk 12 Bulan Ni.
Itu Pun Dengan Izin Allah.

Seperti tahun lepas,aku dan kawan-kawan meraikan tahun baru di dalam kereta sahaja.
Ya.Ini sudah kali kedua.Dan ini bukan satu pencapaian yang baik ya tuan-tuan.

Ok.Tahun lepas kami pergi sambut dekat Kuala Lumpur.Rasanya cukup untuk aku highlight kan perkataan tu.Dan pasti majoriti akan faham kenapa ianya terjadi.

Dan tahun ni,2012.Di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bawak Laju-Laju,
Sampai Putrajaya,
Apa Yang Sesak Sangat Tu?,
Ouh,Jalan Tutup Rupanya.

Pantun 4 kerat yang cukup padat untuk aku jelaskan mengapa semua ini.

Ianya bukan tentang tempat.
Ianya bukan tentang bagaimana kita menyambutnya.

Ianya tentang bagaimana saya,anda,kita semua dalam 2012 ini.

Bila sebut tahun baru,semua cerita azam baru.

AZAM BARU.

Ok,jujur,pernah tak kita buat penilaian bila dah sampai hujung tahun?.

Tercapai tak azam kita?.
Kalau tak tercapai,kenapa mesti tanam azam baru untuk tahun baru?.

Senang saja,Azam saya tahun ini adalah untuk melaksanakan azam tahun lepas.
Tak perlu hipokrit.

Azam tu adalah seperti angan-angan.
Kita mesti berpijak di dunia nyata.
Kalau kita rasa kita betul-betul mahu.
Nilai diri kita dulu.
Jangan tipu diri sendiri
.

Kita jangan jadi seperti straw,
Tegak,Tegap,dalamnya kosong.

Kita ikut macam padi,
Makin berisi,makin menunduk.


Faham kan?.
Oke,kat bawah ni ada link komen kan?.
:)

No comments: