Sunday, November 28, 2010

Zaman kanak-kanak saya

Hari tu saya balik kampung dengan kawan-kawan.
Dari Kajang kami naik motor.bukan mat rempit.tapi budak motor.heheh.

Aku bangun awal kat kampung,rindu nak tarik udara segar waktu pagi.
bila bangun,aku terus keluar,tengok pemandangan sawah belakang rumah nenek.
lepas tu aku terus start motor dan berjalan pusing kampung.
Jam kat tangan pukul 7.30 pagi.

Ahh.rindunya zaman kanak² aku kat kampung dulu.
Teringat masa sekolah kat kampung dulu.
rumah papan.bilik air dan tandas kat luar.
bangun tidur jam 6.30 pagi.bukan main sejuk lagi.
mandi air bukit.
nenek siapkan sarapan untuk pergi sekolah.
selesai sarapan.pakai kasut dan terus amik basikal kat bawah rumah.
salam nenek dan terus pergi sekolah.
macam suasana yang aku tengah lalui masa pusing2 kampung ni.
sejuk.berembun.orang kampung semua sibuk ke pasar dan ke kebun.

bila balik sekolah,makanan dah terhidang kat atas meja.
makan.mandi.lepas 2 siap pergi kelas fardhu ain pulak.
habis je fardhu ain.ajak kawan2 mandi sungai.x pun main bola.
syoknye..

tapi hari ni.semua dah berubah.
rumah nenek dah jadi rumah batu.
sungai dah x macam dulu.
kawan2 semua dah keluar merantau.
termasuk la aku.
ada yang dah kahwin.
rasa macam baru je 2 tahun lepas kami dapat result upsr.

Yang mendatang kita nantikan.
yang pergi jadikan kenangan indah.
zaman kanak-kanak.
satu memori indah yang takkan aku lupakan.
terima kasih kampungku.kawan2 ku.nenek.makcik.dan semuanya.
kerana telah memberikan aku satu memori indah dalam hidup.
dan akan aku ceritakan pada generasiku kelak.

No comments: