Monday, July 7, 2014
Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Ok.Tajuk entry nampak macam tajuk lagu tapi sebenarnya bukan.
Bagi menyelaras perjalanan blog,aku akan ceritakan perkara yang berkait,atau sekolah panggil "silibus" untuk orang-orang yang mungkin membaca blog ni faham tentang perjalanan aku.
Selepas aku belajar menerima,aku menerima seorang wanita untuk hadir dalam hidup aku.Perkara ni memang dah lama,dah 2 tahun.Tapi memandangkan aku nak revised balik bagi korang terang.kikiki.Perjalanan kehidupan selepas bersama dia seperti pasangan lain.Bergembira,makan bersama,ketawa bersama,bergaduh,cemburu membuta tuli,tidak ketinggalan juga selfie bersama.
Setapak demi setapak aku memperbaiki karier aku.Dulunya seorang juruteknik kawalan bangunan,aku beranikan diri bertukar ke bidang hospital.Menyelia segala peralatan hospital dan tidak berkesempatan untuk mentry seorang dua awek nurse memandangkan pada waktu itu hospital yang aku kerja tu baru je bukak,jadi mereka mengambil nurse berdasarkan pengalaman dan bukan perwatakan.Maksud aku,bekas pendekar laut atau pengukir pedang juga boleh berkerja di sana kalau ada lulusan dan pengalaman dalam kejururawatan.Faham tak?.Sampai tak punchline dia?.
Jodoh dengan hospital tak lama,rezeki dibuka untuk aku berkhidmat dengan agensi kerajaan.Aku bertugas di PSMB sebagai penyelia inventori.Segala keperluan pejabat,peralatan pejabat,keperluan untuk berjabat tangan dan banyak lagi.Bertugas di sini adalah satu pengalaman besar buat aku.Berkenalan dengan semua rakan-rakan yang seperti adik beradik sendiri kalau berkerja bersama.Setiap hari aku akan menaiki motosikal aku yang masih mempunyai perjanjian bayaran dengan syarikat kredit ke tempat kerja.
Kajang ke Damansara.Damansara ke Kajang.Hampir setiap hari aku menempuh perjalanan yang sangat sesak ditambah pula dengan pembinaan MRT yang sangat mengganggu lalulintas.Sekali sekali aku berangan untuk menendang bangla yang menjaga trafik memegang bendera di kawasan pembinaan tersebut.Tanggal 8.3.14,aku mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati aku (cewaaahhhh) Rafidah binti Ramli.
Dan hari ini,aku adalah tunangan orang.Sorry ladies,Im engaged.
Selepas hampir setahun berkhidmat dengan PSMB,aku ditawarkan untuk berkerja dengan BSN dan ditempatkan di Pusat Latihan.Dengan tawaran gaji yang menarik dan jarak yang dekat dengan rumah,aku terima tawaran tersebut.Bangla pegang bendera tu patut bersyukur tak jumpa aku dah lepas ni.Dan sekarang aku di sini.berkhidmat dengan PPBSN.Dan aku hensem di sini.
Ok.boleh catch up tak?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment